Sunday, March 1, 2015

MENARA CONDONG TELUK INTAN, PERAK

Menara Condong Teluk Intan, Perak ni dekat jek ngan kampung abah. Tapi setiap kali balik perak x pernah pn singgah. Last year g jemputan kawen saudara kt kampung sempat la singgah. Semalam plak Menara Condong Teluk Intan diisytihar Warisan Kebangsaan.... 


Tulis buku pelawat katanya....
Mak & Abah
Me & Adik Wanie
Adik Amir & Adik Wanie
Kami yang ceria slalu...
Diorang lagi...

Sumber dari Berita harian-SABTU, 28 FEBRUARI 2015 @ 10:05 PM

TELUK INTAN: Kerajaan malam ini mengisytiharkan Menara Condong Teluk Intan yang dibina pada 1885 sebagai Warisan Kebangsaan.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2015 yang diadakan di Dataran Menara Condong di sini.
Muhyiddin berkata, sejarah menara itu yang menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan amat unik kerana ia pernah digunakan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat iaitu sebagai tangki air ketika musim kemarau dan mempunyai kemudahan memadam api.

Katanya, kerajaan juga sedang dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap menara berkenaan iaitu sebagai warisan dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO).
"Jam yang digunakan pada menara ini adalah lambang perpaduan rakyat Teluk Intan kerana ia hasil derma penduduk tempatan pada masa itu," katanya.
Muhyiddin berkata, menara itu menjadi tarikan pelancong ke Teluk Intan sebagaimana Menara Pisa di Itali.


No comments:

Post a Comment