Showing posts with label PERKONGSIAN ILMU. Show all posts
Showing posts with label PERKONGSIAN ILMU. Show all posts

Monday, August 3, 2015

ISNIN.. KENAPA PERLU "MONDAY BLUES"

Kenape ek kalau isnin jek mesti orang nk kaitkan ngan "monday blues".. Hari isnin adalah hari malas utk naik keje... Hari isnin hari untuk amek "EL" a.k.a "emergency leave"... sebab ape??? sebab ahad cuti n mood keje blm dtg pada hari isnin kan...
Tapi memandangkan kt johor ni hari ahad adalah hari pertama bekerja dalam minggu tersebut, maka tiada la lagi "monday blues" tu..
Bagi orang islam tahu x hari isnin adalah hari kelahiran Nabi Muhammad SAW (12 Rabiulawal Tahun Gajah).. Sebab tu kita kena suka dengan hari isnin ni...
Jom kita ringankan mulut dan buka hati kita dengan zikir hari isnin.. Mudah-mudahan mendapat rahmat sepanjang hari Isnin ni..

Monday, May 18, 2015

JANGAN SENTUH!!!!

Macam2 kes kan sekarang ni yang melibatkan anak2 kecil... Dengan adanya perkongsian ni diharap anak2 kita dapat menjaga bahagian peribadi mereka...

Jaga mereka... sayangi mereka... Anak adalah amanah Allah...

PUASA GANTI + PUASA SUNAT

Bersempena dengan aq yang berpuasa hari ni so aq up la entry pasal ni kan... Actually hari ni aq pose ganti untuk Ramadhan yang lepas yang ditinggalkan di sebabkan "keuzuran" yang tidak dapat dielakkan.. Lagi2 ni x berapa lama lagi dh nk tiba bulan Ramadhan kan, so kena la bayar balik puasa yang x dapat dilaksanakan tu... Bersekali juga niat puasa sunat bulan Rejab...

Saje aq nk share cara nk gantikan puasa Ramadhan yang ditinggalkan tu.. Share dari SINI...

Orang Islam yang diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa Ramadhannya, wajib digantikan kembali puasanya jika ia berkuasa dan sakitnya sembuh selepas puasa nanti. Orang yang musafir yang berbuka puasanya disebabkan tiada kuasa dalam perjalanannya, maka ia diwajibkan ganti semula puasanya selepas bulan Ramadhan. Tahun pertama orang yang meninggalkan puasanya atau berbuka puasanya, maka ia diwajibkan ganti semula kesemua puasa yang ditinggalkannya. Tetapi bagi orang yang memang tidak mampu untuk berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa, jika ia puasa akan mendatangkan kemudharatan kepadanya. Maka ia tidak diwajibkan menggantikan puasanya dan ia diwajibkan Fidyah kepada orang miskin. 

Cara Mengeluarkan Fidyah Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya. Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670gram. Contohnya sipulan telah meninggalkan puasanya sebanyak 5 hari, maka dia wajib membayar Fidyahnya sebanyak 5 cupak beras kepada fakir miskin. 

Firman Allah yang bermaksud : “(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran Fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi Fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Al-Baqarah : 184) 

Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu Islam telah memberikan keringanan (rukshoh) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar Fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin. Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin. Begitu juga pada tahun seterusnya. 

Fidyah akan naik setiap tahun selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya. Untuk semakkan atau perkiraan boleh klik di sini. Fidyah tidak boleh digantikan dengan zakat, kerana zakat dan Fidyah adalah dua perkara yang berbeza. Zakat fitrah lain dan Fidyah juga lain. Jika anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk membayar Fidyah, maka anda boleh wakilkan kepada orang yang dipercayai untuk membayar fidyah anda kepada fakir miskin.

Sape2 yg belum ganti pose tu lg boleh la ganti kan. Klalau x mampu, boleh la byr Fidyah... Boleh baca niat ganti pose kt bawah yer... 

Cara Menggantikan Puasa Ramadhan Orang Islam yang diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa Ramadhannya, wajib digantikan kembali puasanya jika ia berkuasa dan sakitnya sembuh selepas puasa nanti. Orang yang musafir yang berbuka puasanya disebabkan tiada kuasa dalam perjalanannya, maka ia diwajibkan ganti semula puasanya selepas bulan Ramadhan. Tahun pertama orang yang meninggalkan puasanya atau berbuka puasanya, maka ia diwajibkan ganti semula kesemua puasa yang ditinggalkannya. Tetapi bagi orang yang memang tidak mampu untuk berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa, jika ia puasa akan mendatangkan kemudharatan kepadanya. Maka ia tidak diwajibkan menggantikan puasanya dan ia diwajibkan Fidyah kepada orang miskin. Cara Mengeluarkan Fidyah Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya. Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670gram. Contohnya sipulan telah meninggalkan puasanya sebanyak 5 hari, maka dia wajib membayar Fidyahnya sebanyak 5 cupak beras kepada fakir miskin. Firman Allah yang bermaksud : “(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran Fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi Fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Al-Baqarah : 184) Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu Islam telah memberikan keringanan (rukshoh) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar Fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin. Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin. Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya. Untuk semakkan atau perkiraan boleh klik di sini. Fidyah tidak boleh digantikan dengan zakat, kerana zakat dan Fidyah adalah dua perkara yang berbeza. Zakat fitrah lain dan Fidyah juga lain. Jika anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk membayar Fidyah, maka anda boleh wakilkan kepada orang yang dipercayai untuk membayar fidyah anda kepada fakir miskin.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Thursday, April 2, 2015

CARA PASANG WIDGET TOP COMMENTATORS DI BLOG KESAYANGAN

Tambah lagi ilmu untuk hari ni... Manyak syiok tgk blogger2 duk letak list tukang rajin komen kt blog diorang.. Aq pn nk jugak... :-)..  Yelah, dgn letak widget ni senang la kita nk tgk sape yg rajin comment n sng la jgk untuk kita merajinkan diri comment kt diorang punye entri.. Dapat saling kunjung mengunjung & mengeratkan silaturrahim..

Jom2 aq nk share ilmu ni yer... Senang jek nk faham n follow step by step... Aq pn share dari SINI

Kt aq punye blog dh ade.... :-)

Cara memasangnya :

1) Terus masuk ke Dashboard--Layout---Add Gadget

2) Pilih HTML/Javascript

3) Masukkan kod ini:

<script type='text/javascript'>
function pipeCallback(obj) { document.write('<ul style="list-style-image: url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-kqjuV5NXdVPpwjMXOCzgvGJ7SMhLbJz0QOobuTZth7G1dtOKdI_MKxIxYh9lh5ipsOiKJxOSupQrQ9QufKmT480iCZ6LRG0go5AA4cw4Qkv-r8NktDjTXXuQiKpb2VJ8kXl5Wwgm1wk/s1600/circle-arrow-blue.png);margin-left: 20px;">'); var i; for (i = 0; i < obj.count ; i++) { var href = "'" + obj.value.items[i].link + "'"; var item = "<li>" + "<a href=" + href + ">" + obj.value.items[i].title + "</a> </li>"; document.write(item); } document.write('</ul>'); } </script><script type="text/javascript" src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?_render=json&_callback=pipeCallback&_id=918c4b96efdf63fee389f2f025085904&EntertheURL=http%3A%2F%2Fteknikbuatblog.blogspot.com&number=10&Nametobeexcluded=yahaya"></script><span style="font-size: 70%; float:right;">Get this <a href="http://teknikbuatblog.blogspot.com/2011/02/cara-pasang-widget-top-commentators.html">widget</a></span>

4) Kemudian klik pada save..

***Teks berwarna merah gantikan dengan alamat blog anda .Begitu juga dengan yahaya (nama yg dikecualikan dari terpapar) dengan nama sendiri supaya nama kita tidak termasuk juga dalam senarai.Tukarkan jumlah bilangan pengomen yang hendak ditampilkan pada teks warna biru

Selamat mencuba... Semoga berjaya buat yer.. :-)

Wednesday, April 1, 2015

DOA UNTUK MENGELAKKAN PERKELAHIAN SUAMI ISTERI

Menjadi lumrah dalam kehidupan berumahtangga ada pasang surutnya..... pahit manisnya.... Semua tu mematangkan diri kita & pasangan serta memantapkan lagi rumahtangga tu... Kalau boleh, jgn la bergaduh sampai bercerai berai kan... Biarla gaduh2 manis manja gitu.. aawwww... meoww... :-)

So utk dijauhkan @ dielakkan hubungan suami isteri dari kerap bergaduh ada baiknya aq share doa ni supaya kita boleh hafal or amalkan slalu.. Smoga hubungan suami isteri kita baik2 aje...

##Selamat beramal.... :-)

Wednesday, March 25, 2015

BILA ANAK DEMAM...

Target bln 3 ni xmo amek annual leave... Tapi smlm terpaksa la pecahkan target tu sbb anak bujang demam... Anak x sihat kan xkan la mamanya keras hati nk keje jgk.. Sian oi tgk anak merengek n muntah2... Haruslah Wajib  (pada aq la..) seorang ibu itu menjaga anaknye... AMANAH kot...

x kasi mama amek gambo... pusing blakang jek....
Pagi2 lagi siap masakkan bubur untuk ank bujang aq tu... Bujang x bujang sangat la baru 5 tahun ... :-).. Pastu bawak p klinik check up n amek ubat... Balik klinik aq plak gatal nk update instagram n facebook... Update la anak demam kan... Sekali ada org komen kerap beno anak aq demam.. hmmmm... mcm x pandai jge anak plok aq ni..

Pastu wasap2 ngn sorang kawan ni.. Dia bagi petua... Katanya anak dia pn slalu x sihat dulu, tp pas amalkan sesuatu ni Alhamdulillah anknya makin kurang / x kerap demam or sakit dah... Terima kasih yer kawan... Kata kawan tu amalkan Bismillah Lima... Pe lagi, terus google... dpt terus amek air masak then baca kt air minuman tu bg anak minum..

Mudah jek ayatnye... Boleh dihafal n dibaca slalu... 
Pasni boleh ajar anak2 baca & hafal.. Pagi ni anak bujang dh semangat ke sekolah... Alhamdulillah dh x muntah, pg td pn before g skolah mintak mama buatkan susu... hmmmm.. semoga ank mama cpt sembuh yer..

Friday, March 13, 2015

JUMAAT... PENGHULU SEGALA HARI

Salam Jumaat... Utk Johorean, hari Jumaat adalah hari kelepasan mingguan kitorang... Tapi asenye yang swasta mostly masih belum follow lg... So hari jumaat adalah hari berehat kt umah disamping menambah & memperkukuhkan  ibadah...

Untuk itu, jom kita kongsi kelebihan hari Jumaat :

Sumber : Sini

1. Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu segala hari.
Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
Oleh itu, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk kita rebut.
Kita mengaku kita orang Islam. 
Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.
Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.
Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya. Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…
##Jom sama2 amalkan.... Semoga mudah urusan kita disana nanti...