Wednesday, April 1, 2015

TOMYAM UDANG GALAH + SAYURAN

Alkisah semalam member opis bgtau ada orang jual udang galah.. RM38 sekilo + delivery RM2.50... Kalau x silap gred c kot.. So terus la mintak member order... Dek kerana udang galah, aq pn blk awal la nk mengerjakan udang galah ni... Sepit birunya semua aq kasi potong... :-)

Sampai umah dok terpikir2 lagi nk masak ape... Bukak fridge tgk  bahan nak wat tomyam semua ada.. So decide wat tomyam la.. Biasa kalau udang galah ni just wat masak masam manis or goreng kunyit jek...


Resipi senang jek... Meh tengok resipi :

Bahan untuk kuah tomyam :

2 kiub tomyam knorr
1 sudu lada kering yang telah siap diblend)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 inci lengkuas  (dihiris nipis)
3 batang serai  (dihiris nipis)
2  biji tomato (diracik halus)
2 sudu air limau
1 liter air

Isi/rencah dalam tomyam :

15 ekor udang galah (siap dibersihkan apa yang patut)
1 biji bawang besar / bawang holland (dihiris nipis)
1 peket baby corn ( 1 peket dlm 7/8 biji)
2 batang saderi (dihiris nipis)
2  biji tomato (belah 6)
1 jambak bunga kobis (dipotong halus) (agak2 la yer byk mana nak)
**Kalau korang suka letak carrot boleh la letak yer, aq x berapa gemar
8 -10 tangkai cili padi (belah 2)
 **Kalau xnk pedas x pyh letak cili padi sebab dh ada rasa pedas dari kuib dan lada blend
**Sedikit garam dan gula (agak2 la tambah masa masak tu)
3 tangkai pokok daun ketumbar - racik halus (x letak pn xpe sbb ada org x suka.. tp aq suka letak banyak2 baru la macam makan tomyam kt kedai... :-)

Cara-cara nak masak :

1. Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian masukkan lada kering yang telah diblend dan kiub tomyam tu.. Kacau...
2. Bila dah sebati, masukkan halia, lengkuas, serai dan tomato.
3. Biar didih sekejap kemudian masukkan air limau. Kacau sekejap bagi sebati.
4. Masukkan sayuran yang lambat nk masak dulu spt baby corn dan bunga kobis.
5. Bila sayur dah agak masak (jgn terlalu lama takut lembut sangat x sedap), masukkan udang dan bahan2 lain. Biar didih sekejap.
6. Tutup api dapur, masukkan daun ketumbar yang diracik halus.

Selamat mencuba.. :-)


3 comments: