Friday, February 27, 2015

JULING MATA (PART 1)

Sebagai ibu, tentunya kita inginkan kelahiran anak yang kita kandung selama lebih kurang 9 bln 10 hari tu dilahirkan dalam keadaan sempurna dengan izin-Nya. Alhamdulillah, syukur sangat2 kerana semua permata hati aq dilahirkan dalam keadaan yang amat sempurna.

Tapi semenjak 2 menjak ni aq  perasan kembar aq tu si umairah tu rajin wat main2 saje2 wat mata juling... Ada somebody yg ajar dia n asek suruh dia buat cmtu. Bukan nk menuduh tapi perkara ni berlaku di depan mata aq..  Kesannya sekarang mata kirinya terkadang x selari atau terkedalam sket.. (btol ke perkataan yang aq guna ni...). Sebagai ibu, aq mula risau n memikirkan tentang ni... So google punye google la nk dptkan maklumat.. Pastu bawak umairah jumpe optometrist kt hospital tempat aq bekerja. Buat pemeriksaan mata dan hasilnya mata umairah normal, xde rabun penglihatan or cahaya... Cuma kata optometrist ini berlaku disebabkan oleh urat matanya yang malas... So pasni mama n papa kena la rajin wat senaman mata kt umairah... 




Jom share artikel tentang mata juling ni.

Sumber : http://www.myhealth.gov.my

Mata Juling

Apakah maksud mata juling?
Mata juling terjadi apabila kedua-dua belah mata tidak selari/sejajar dan melihat ke arah yang berlainan. Satu mata memandang ke hadapan manakala mata di sebelahnya memandang sama ada ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah. Mata juling boleh juga dikaitkan dengan keturunan. Ia terjadi di kalangan 2-5% kanak-kanak.
Sebab-sebab mata juling
  • Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui.
  • Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang juling  atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri.
  • Rabun dekat (hiperopia) juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam.
  • Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.
contoh :
alt
Tanda-tanda dan gejala:
  • Tanda dan gejala utama ialah kedudukan mata yang tidak selari/sejajar.
  • Ia boleh menjadi masalah yang berpanjangan atau wujud sekali-sekala.
  • Bayi normal yang baru lahir biasanya juling disebabkan penglihatan yang belum matang. Masalah ini hilang setelah bayi semakin membesar.
  • Walau bagaimanapun, mata yang benar-benar juling tidak akan berubah dengan perkembangan tumbesaran.
Apakah kesan daripada mata juling?
  • Mata yang juling boleh menyebabkan kanak-kanak tidak dapat melihat dengan sempurna disebabkan ambliopia (mata malas). Jika tidak dirawat dengan cepat (sebelum kanak-kanak berumur 10 tahun) , ini boleh mengakibatkan pandangan kabur yang berkekalan. Lebih awal ambliopia dirawat, lebih baik prognosis(kebarangkalian) untuk pulih.
  • Penglihatan teropong (binocular) atau penglihatan 3 dimensi diperlukan untuk menganggar kedalaman/ketebalan sesuatu objek. Kebolehan ini boleh terjejas jika mata kanak-kanak itu juling.
Apakah rawatan yang ada?
  • Mata juling memerlukan pemeriksaan awal oleh doktor mata.
  • Cermin mata mungkin diperlukan untuk penyakit rabun mata seperti rabun dekat (hiperopia).
  • Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah ambliopia (mata malas), menampal/menutup mata yang mempunyai penglihatan yang baik boleh membantu memulihkan penglihatan di mata yang juling. Bagaimanapun, rawatan ini tidak akan berjaya jika ia lewat dimulakan. Rawatan perlu dimulakan pada umur yang awal.
  • Pembedahah boleh merawat mata juling dengan agar kembali sejajar/selari. Ia bagaimanapun tidak boleh menggantikan penggunaan cermin mata atau rawatan untuk mata malas. Sewaktu pembedahan, otot-otot mata akan disusun semula. Selepas pembedahan, kanak-kanak biasanya boleh meneruskan aktiviti biasa selepas beberapa hari.
  • Suntikan Botox kepada otot-otot mata mungkin boleh membantu dalam sesetengah kes, tetapi hanya untuk sementara waktu.
Semakan akhir:10 Mei 2012
Penulis:Dr. R. Sukumar a/l Rajaretnam
Penyemak:Dr. Salmah bt. Othman

No comments:

Post a Comment