Showing posts with label SHARING. Show all posts
Showing posts with label SHARING. Show all posts

Monday, April 20, 2015

BULAN REJAB : KEMULIAAN DICEMARI KEPALSUAN

Oleh: Dr.Arieff Salleh bin Rosman, Felo Fatwa   / Share dari : http://www.e-fatwa.gov.my
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan-bulan haram merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)...." Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya'ban." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).
 
Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah agung (Lata'if al-ma'arif, hlm. 117). Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj yang menurut majoriti ulama' ia berlaku pada 27 Rejab.
 
Namun isu yang timbul ialah kemuliaan bulan Rejab sebagai salah satu bulan haram telah dicemari dengan pengagungan yang bersumberkan kepada laporan/hadis palsu yang direka-reka yang diistilahkan dalam ilmu hadis sebagai hadis maudhuk.
 
Mengagungkan bulan Rejab bukanlah satu persoalan yang baru. Ia telah pun wujud pada zaman Jahiliyyah; sebelum kedatangan Islam. Masyarakat Arab Jahiliyah begitu mengagungkan bulan Rejab sehingga mereka menjadikannya sebagai perayaan. Antara amalan popular yang dilakukan oleh sebahagian orang Islam di Malaysia apabila datangnya bulan Rejab ialah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan puasa sunat Rejab dan menghidupkan malam dengan sembahyang sunat Rejab.

Umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya; kini dan dahulu, telah disajikan dengan pelbagai janji manis jika melakukan sesuatu amalan khusus di bulan Rejab. Satu kebenaran yang perlu dijelaskan kepada umat Islam ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang dilaporkan daripada Rasulullah SAW dari hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah sebahagian kecilnya bersandarkan kepada hadis lemah (daif) dan kebanyakkannya adalah hadis palsu (maudhuk).
 
Isu mencemarkan bulan Rejab dengan janji-janji daripada sumber yang palsu ini sudahpun wujud sekian lama. Antara ulama terdahulu yang membongkar usaha golongan pemalsu hadis yang membuat pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw berkaitan kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya, antaranya ialah Imam ahli hadis Abu al-Khattab 'Umar bin Hasan ibn Dihyah (w. 633H) yang mengarang buku yang bertajuk 'Ada' ma wajab min bayan wad' al-wadda'in fi Rajab (Melaksanakan apa yang wajib dengan menerangkan pemalsuan yang dilakukan oleh pembohong berkaitan Rejab)' dan Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani (w. 852H) yang mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab (Menjelaskan perkara yang pelik berkaitan dengan apa yang disampaikan tentang kelebihan Rejab)'.
 
'Ata; seorang ulama tabi'in menjelaskan, Nabi Muhammad saw melarang daripada berpuasa penuh sebulan bulan Rejab agar ia tidak dijadikan sebagai perayaan sebagaimana yang dilakukan oleh orang Arab Jahiliyyah (Ibnu Rajab, Lata'if al-ma'arif, hlm. 11). Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan, "Larangan daripada berpuasa sebulan penuh pada bulan Rejab adalah berkaitan dengan individu yang melakukannya kerana terpengaruh dengan amalan orang Arab jahiliyyah yang begitu mengagungkan bulan Rejab.
 
Tetapi jika seseorang itu berpuasa sunat sama seperti bulan lain tanpa menganggap puasa bulan Rejab adalah lebih utama daripada bulan lain, tidak mengkhususkan puasa hari tertentu bulan Rejab bagi mendapat ganjaran tertentu, maka amalan itu tidak menjadi kesalahan. Begitu juga dengan individu yang menghidupkan malam bulan Rejab dengan beribadah sebagaimana dia beribadah pada malam bulan lain. Tetapi jika seseorang beribadah sunat hanya pada bulan Rejab sahaja dengan anggapan ia khusus untuk bulan Rejab, maka ia adalah amalan yang dilarang." (Tabyin al-'ajab, hlm. 49).
 
Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan tujuan beliau mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab' : "Telah berulang-ulang soalan yang dikemukakan tentang kelebihan bulan Rejab, tentang berpuasa dan solat sunat padanya. Serta untuk menjelaskan yang mana hadis yang sahih dan yang palsu." Kesimpulan daripada analisa yang dilakukan oleh Imam Ibnu Hajar ialah, "Langsung tidak terdapat hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, puasa sunat khusus Rejab, juga solat sunat qiyamullail khusus Rejab...namun begitu terdapat sebahagian ulama yang membenarkan menerima hadis yang menjelaskan tentang kelebihan bulan Rejab walaupun hadis itu daif, tetapi tidak boleh diterima jika ia hadis mauduk."
 
Antara kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan laporan/hadis palsu ialah:

i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
 
ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.
 
iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
 
iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.
 
v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya? Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.
 
vii. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.
 
HARAM MENYEBAR HADIS PALSU
 
Al-Mughirah bin Syu'bah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya pembohongan yang dilakukan ke atasku adalah tidak sama dengan pembohongan yang dilakukan ke atas orang lain. Sesiapa yang membuat pembohongan terhadapku dengan sengaja, maka bersedialah dia dengan tempat duduknya di dalam api neraka." (Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari).
 
Syeikh Abu Asma' Ibrahim bin Ismail Ali 'Asr menjelaskan dalam pendahuluannya kepada suntingan karya Imam Ibn Hajar al-'Asqalani yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab', ramai dalam kalangan pendakwah, penceramah, guru agama, khatib yang tidak sensitif terhadap hadis maudhuk, sehingga mereka menyampaikannya kepada masyarakat tanpa berusaha mengenalpasti status sesuatu hadis. Perkara merbahaya ini boleh menceburkan mereka dan anggota masyarakat yang menyebarkan hadis palsu dalam ancaman Nabi, "Sesiapa yang berdusta terhadapku, maka bersedialah tempatnya di dalam api neraka". Walaupun mereka tidak berniat untuk melakukan pendustaan terhadap Rasulullah, tetapi dengan tindakan mereka menyebarkan hadis palsu sedangkan mereka sudah dijelaskan kepalsuan hadis itu, mereka telah terjebak dalam melakukan pendustaan terhadap Rasulullah saw.
 
Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Cukuplah seseorang itu sudah dianggap berdosa dengan dia menyebarkan segala berita yang didengar tanpa disiasat terlebih dahulu." (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim).
 
Umat Islam tidak perlu disajikan dengan pahala dan fadhilat untuk melakukan amalan khusus hanya di bulan Rejab sahaja, sedangkan ia bersumberkan laporan/hadis palsu yang merupakan pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw. Adalah amat baik kita dapat melazimi diri dengan melaksanakan amal ibadah secara berterusan yang bersumberkan dalil yang benar daripada al-Quran dan hadis sahih; tentang kelebihan menghidupkan malam dengan solat sunat seperti tahajud dan witir, puasa sunat isnin khamis, puasa sunat hari ke 13, 14, dan 15 setiap bulan, puasa sunat selang sehari seperti cara puasa Nabi Daud.
 
Marilah sama-sama kita memelihara kemuliaan bulan haram seperti bulan Rejab ini daripada dicemari dengan hadis palsu.
 
Wallahu a'lam.

Sunday, April 19, 2015

I AM LEFT HANDED

Tau ke kidal tu ape... Kidal biasanya dikaitkan dengan seseorang yang melakukan ape2 menggunakan tangan kiri.. Macam Man Kidal goreng gitar guna tangan kiri tu... Tapi macam aq kidal pada beberapa perkara n yang paling penting aq tidak mengkidalkan diriku ketika hendak makan... ;-)


pinjam gambo dr en.google...
Nak share beberapa fakta mengenai orang kidal.. Share dari SINI...

1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.

2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi genius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.

3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!

4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecenderungan lebih tinggi untuk ketagih rokok.

5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja.

6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).

7. Entah mengapa, orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.

9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemngkinan anaknya lahir kidal.

10. 4 dari 5 designer komputer Mac dilaporkan kidal.

11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

12. Orang kidal lebih cenderung atletik, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.

13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.

14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)

15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)

16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)

17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)

***Cuma sekadar fakta.. Benar atau tidak bandingkanlah dengan diri sendiri...


Thursday, April 2, 2015

CARA PASANG WIDGET TOP COMMENTATORS DI BLOG KESAYANGAN

Tambah lagi ilmu untuk hari ni... Manyak syiok tgk blogger2 duk letak list tukang rajin komen kt blog diorang.. Aq pn nk jugak... :-)..  Yelah, dgn letak widget ni senang la kita nk tgk sape yg rajin comment n sng la jgk untuk kita merajinkan diri comment kt diorang punye entri.. Dapat saling kunjung mengunjung & mengeratkan silaturrahim..

Jom2 aq nk share ilmu ni yer... Senang jek nk faham n follow step by step... Aq pn share dari SINI

Kt aq punye blog dh ade.... :-)

Cara memasangnya :


1) Terus masuk ke Dashboard--Layout---Add Gadget




2) Pilih HTML/Javascript



3) Masukkan kod ini:

<script type='text/javascript'>
function pipeCallback(obj) { document.write('<ul style="list-style-image: url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-kqjuV5NXdVPpwjMXOCzgvGJ7SMhLbJz0QOobuTZth7G1dtOKdI_MKxIxYh9lh5ipsOiKJxOSupQrQ9QufKmT480iCZ6LRG0go5AA4cw4Qkv-r8NktDjTXXuQiKpb2VJ8kXl5Wwgm1wk/s1600/circle-arrow-blue.png);margin-left: 20px;">'); var i; for (i = 0; i < obj.count ; i++) { var href = "'" + obj.value.items[i].link + "'"; var item = "<li>" + "<a href=" + href + ">" + obj.value.items[i].title + "</a> </li>"; document.write(item); } document.write('</ul>'); } </script><script type="text/javascript" src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?_render=json&_callback=pipeCallback&_id=918c4b96efdf63fee389f2f025085904&EntertheURL=http%3A%2F%2Fteknikbuatblog.blogspot.com&number=10&Nametobeexcluded=yahaya"></script><span style="font-size: 70%; float:right;">Get this <a href="http://teknikbuatblog.blogspot.com/2011/02/cara-pasang-widget-top-commentators.html">widget</a></span>

4) Kemudian klik pada save..

***Teks berwarna merah gantikan dengan alamat blog anda .Begitu juga dengan yahaya (nama yg dikecualikan dari terpapar) dengan nama sendiri supaya nama kita tidak termasuk juga dalam senarai.Tukarkan jumlah bilangan pengomen yang hendak ditampilkan pada teks warna biru

Selamat mencuba... Semoga berjaya buat yer.. :-)

Wednesday, March 25, 2015

BILA ANAK DEMAM...

Target bln 3 ni xmo amek annual leave... Tapi smlm terpaksa la pecahkan target tu sbb anak bujang demam... Anak x sihat kan xkan la mamanya keras hati nk keje jgk.. Sian oi tgk anak merengek n muntah2... Haruslah Wajib  (pada aq la..) seorang ibu itu menjaga anaknye... AMANAH kot...

x kasi mama amek gambo... pusing blakang jek....
Pagi2 lagi siap masakkan bubur untuk ank bujang aq tu... Bujang x bujang sangat la baru 5 tahun ... :-).. Pastu bawak p klinik check up n amek ubat... Balik klinik aq plak gatal nk update instagram n facebook... Update la anak demam kan... Sekali ada org komen kerap beno anak aq demam.. hmmmm... mcm x pandai jge anak plok aq ni..

Pastu wasap2 ngn sorang kawan ni.. Dia bagi petua... Katanya anak dia pn slalu x sihat dulu, tp pas amalkan sesuatu ni Alhamdulillah anknya makin kurang / x kerap demam or sakit dah... Terima kasih yer kawan... Kata kawan tu amalkan Bismillah Lima... Pe lagi, terus google... dpt terus amek air masak then baca kt air minuman tu bg anak minum..

Mudah jek ayatnye... Boleh dihafal n dibaca slalu... 
Pasni boleh ajar anak2 baca & hafal.. Pagi ni anak bujang dh semangat ke sekolah... Alhamdulillah dh x muntah, pg td pn before g skolah mintak mama buatkan susu... hmmmm.. semoga ank mama cpt sembuh yer..




Friday, March 20, 2015

CARA NAK BUAT STICKY POST KAT BLOG...

Salam jumaat... Alhamdulillah, masih dipanjangkan nafas ni untuk menghirup udara segar... Kali ni nk share sket ilmu untuk jadikan entri yg kita pilih supaya sentiasa dok kat top blog kita tu kan.. Aq cari ni pn sbb aq ada buat GA kan... Boleh refer SINI. Yelah biasa tgk orang lain wat GA or SEGMEN, diorang punye entri tu akan kekal di atas skali then diorng tampal la situ #STICKY POST#

So google2 la cari ilmu ni kan... yang paling mudah aq jumpa kt Blog Emas Putih.. Aq follow jek kekdah yang dia bagi tu... mmg menjadi.. X caya p tgk yer..

Camni caranya...


1. Mula-mula buka new post

2. Tulis entry yang nak di Sticky Post anda seperti biasa. The publish.

Mesti korang pelik, kat mana nak setting date sticky post tu.
Cara dulu ada tempat set date start and end. Sekarang dah takde.

3. Bila dah publish seperti biasa, Edit post tu, then set date yang korang nak. If nak sticky post tu sampai minggu depan, so set kat la tarikh yang korang nak tu. Pilih Set date and time macam kat bawah ni.


Mesti korang tertanya-tanya, kat mana nak set Tarikh Mula and Tarikh akhir sticky post korang.

Macam ni, bila u all dah publish post mula-mula tadi, so automatic sticky post dah bermula.
Tujuan nak edit balik post tu tuk set tarikh akhir sticky post tu pula kat entry korang. Maksudnya sampai bila sticky post kat entry korang.

Kalau rasa2 x faham blh la p tanye kt Tuan tanah blog Emas Putih yer... btw tq bebanyak yer tuan tanah blog Emas Putih...

Wednesday, March 18, 2015

TAKSIRAN 2014 - TAHUN PERTAMA KENA BAYAR CUKAI.. :-(

Tunggu punya tunggu penyata pendapatan, akhirnya beliau muncul juga...  So aq dgn xcited mengingat la kembali password efiling... Xcited nk isi cpt2 pun ada alasannya... Sebab yang paling utama ialah nk tgk PCB tiap2 bulan tu dapat refund x...  Hehehee...

Sudahnya isi2 punya isi, letak la pendapatan berapa, letak la pelepasan cukai & rebat bagai, sekali sampai tang rumusan cukai kena bayar... huhuhuhu.... sedeyyy.... Total cukai kena bayar RM366.50... PCB x cukup, kena tambah lg bayar cukai lagi RM136.65... Bila pikiaq balik baru teringat, 3 tahun lepas cukai x kena sebab ada pelepasan utk faedah pinjaman perumahan utk gomen loan... Dah cukup claim utk 3 tahun maka tahun ni sila la sedaq diri k...




Apepun, syukur la efiling dh selamat dihantar, tinggal cari dana untuk bayar lebihan cukai yg x bayar lagi tu... So uolsss pn jgn la lupekan tanggungjawab untuk declare cukai pendapatan & kalau dikenakan cukai tu sila la bayar kan.. Karang nak jenjalan g oversea ke dh kena tahan kan... Sape yang malu nanti???? Uollsss ngn keluarga uolsss jgk kan...




Monday, March 16, 2015

CUKAI PENDAPATAN.. TANGGUNGJAWAB BERSAMA..

Sukacita dimaklumkan individu yang berkelayakan untuk dikenakan cukai adalah bertanggungjawab untuk mengisytiharkan cukai anda dan membayar cukai tersebut... Hahaha... dah macam jurucakap LHDN la plok... :-)

Sebagai pembayar cukai, tentunya aq sentiasa alert dgn hal2 cukai ni... Aq share kn tarikh akhir untuk isytihar n htr borang cukai yer...


Sila la hantar pada tempoh masa yang sepatutnya untuk mengelakkan dari dikenakan penalti yer... Peringatan untuk semua dan diri aq jgk...

Kalau rasa ada yang x jelas blh la call LHDN or layari laman web LHDN.