Showing posts with label JULING. Show all posts
Showing posts with label JULING. Show all posts

Thursday, March 5, 2015

MERAWAT MASALAH MATA JULING

Hari ni aq nk share sedikit persoalan dan jawapan berkenaan perawatan masalah mata juling ini. Memandangkan anak aq mengalami masalah ni, aq lebih banyak google utk menambah ilmu tentang perkara ini.

Sumber  :  http://ainsoffiya.blogspot.com/2013/11/merawat-masalah-mata-juling.html

Masalah juling antara masalah mata yang kerap berlaku, terutama pada kanak-kanak.Walaupun ada orang menganggap juling sebagai tanda tuah, hakikatnya ia boleh menjejaskan penglihatan dan jika dibiarkan, masalah ini boleh bertambah teruk apabila meningkat dewasa. Antara persoalan yang sering diajukan ialah:

1. Apakah masalah yang mungkin dihadapi seseorang yang mengalami kejulingan?


Masalah kejulingan bukan saja menjejaskan keupayaan mata untuk melihat dengan jelas, malah mencacatkan rupa Paras yang secara tidak langsung mempengaruhi serta merendahkan keyakinan diri seseorang. Mereka berasa rendah diri dan malu berdepan masyarakat.
 
2. Jika seseorang itu juling sejak lahir, apakah kejulingannya boleh dirawat?

Ya. Kejulingan boleh dirawat dan jenis rawatan bergantung kepada punca kejulingan. Ada yang dapat dirawat dengan cermin mata dan ada yang memerlukan pembedahan. Pembedahan pada otot untuk membetulkan kedudukan mata boleh dilakukan.

3. Adakah rawatan, termasuk pembedahan, dibolehkan Islam?

Ya, boleh kerana kejulingan adalah penyakit, oleh itu ia harus dirawat. Dalam hal ini, jika kecacatan (juling) seseorang menimbulkan rasa rendah diri, ada keharusan untuk melakukan pembedahan mata.

4. Apakah juling boleh menyebabkan gangguan penglihatan?

Jika juling hanya berlaku pada sebelah mata, keadaan ambliopia atau 'mata malas' boleh berlaku. Ambliopia terjadi kerana kerosakan penglihatan dalam beberapa tahun pertama umur kanak-kanak seperti mata juling, mata berselaput, rabun jauh dan penglihatan kabur. Ketika tahap pembentukan, mata perlu ada imej jelas di bahagian retina untuk membolehkan kedua-dua mata dan otak memproses imej dengan betul.

Kejulingan berlaku apabila kedudukan bola mata tidak selari. Ada yang juling ke arah keluar dan ada ke dalam. Ia boleh berlaku pada sebelah mata saja atau secara berganti-ganti iaitu mata kanan dan ada kalanya berubah ke mata kiri.
 
5. Apakah punca kejulingan?

Dua punca utama menyebabkan masalah kejulingan iaitu:
* Faktor semula jadi yang mana seseorang itu mengalaminya sejak lahir
* Apabila saraf yang mengawal pergerakan mata yang terletak di bahagian
otak manusia rosak atau penyakit otot yang mengawal pergerakan bola mata

6. Apa patut dilakukan ibu bapa yang ada anak juling?

Ibu bapa yang mendapati mata anak juling sejak lahir perlu memerhatikan keadaan juling itu sehingga kanak-kanak itu berumur enam bulan. Jika berlarutan, kanak-kanak itu perlu dibawa berjumpa doktor untuk dibuat pemeriksaan. Kejulingan sejak kecil yang tidak dirawat boleh membahayakan kanak-kanak. Ini kerana, mata yang juling menghalang kanak-kanak melihat
objek dengan jelas.

Pada keadaan biasa apabila mata melihat objek, bola mata bergerak pada satu arah sama. Namun apabila mengalami juling, jika seseorang itu melihat sebelah kiri, hanya sebelah mata bergerak ke arah itu, sedangkan sebelah lagi melihat ke arah lain.

Fenomena itu menyebabkan cahaya yang masuk ke dalam mata difokus ke bahagian yang tidak sama pada retina. Lama-kelamaan mata yang tidak mendapat imej tepat menjadi malas atau ambliopia, yang mengurangkan keupayaan mata untuk melihat dengan jelas.

7. Adakah keadaan berbahaya yang boleh menyebabkan kejulingan?

Anak kecil yang mengalami kejulingan perlu menjalani pemeriksaan kerana mungkin disebabkan penyakit mata seperti barah retina. Pernah terjadi seorang kanak-kanak mengalami masalah kejulingan, tetapi ibu bapanya tidak membawanya menjalani pemeriksaan. Selepas setahun, barah pada retina kanak-kanak itu bertambah besar hingga menyebabkan matanya buta dan membahayakan nyawanya.

8. Apakah penyebab lain kejulingan selain daripada ketika lahir?

Selain yang berlaku ketika kecil, kejulingan boleh berlaku akibat kerosakan pada saraf menyebabkan seseorang, khususnya orang dewasa, mengalami diplopia iaitu mata melihat dua imej, sedangkan hanya satu objek di depan mereka. Hal ini boleh berlaku tiba-tiba.

9. Apa harus dilakukan jika hal ini berlaku?

Jika hal ini berlaku, pesakit perlu segera berjumpa doktor. Kejadian ini mungkin disebabkan kerosakan pada saraf yang mengawal pergerakan bola mata yang terletak di dalam otak. Jika ada penyakit di bahagian otak, kejulingan berlaku tiba-tiba.

10. Apa akan dilakukan doktor dalam keadaan ini?

Ketika pemeriksaan, doktor melihat penyebabnya. Kerosakan itu mungkin disebabkan penyakit kencing manis, barah dalam kepala atau tekanan darah tinggi.

11. Bolehkah barah otak menyebabkan kejulingan?

Mengimbas kembali pengalaman dua tahun lalu, seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) pernah mengalami kejulingan secara tiba-tiba, disertai dengan diplopia (satu objek kelihatan dua). Apabila dibuat pemeriksaan, pelajar itu menghidap barah otak yang serius.

12. Apakah rawatan bagi juling?

Ada beberapa kaedah rawatan kejulingan kurang serius. Ada kejulingan dapat dirawat dengan memakai cermin mata yang tepat. Bagi kanak-kanak pula, masalah ambliopia dapat diatasi jika rawatan dimulakan sebelum berusia sembilan tahun.
 
13. Kadangkala ada rawatan juling membabitkan cara menutup mata yang normal dan kanak-kanak digalakkan membaca dengan menggunakan mata yang kurang jelas penglihatannya. Apakah ini logik?

Ini adalah kaedah rawatan bagi ambliopia (mata malas). Pesakit diberi rawatan dengan menggalakkan penggunaan mata yang mengalami ambliopia dan menutup mata yang normal. Kaedah itu memaksa kanak-kanak menggunakan mata yang mengalami ambliopia untuk membuat kerja rumit. Bagaimanapun, kaedah itu berkesan sebelum berumur sembilan tahun.

Selepas tempoh itu, perkembangan mata kanak-kanak sudah sempurna dan sukar mengubahnya. Rawatan ini boleh dilakukan di rumah antara tiga dan empat sehari kira-kria tiga jam sehari oleh ibu bapa dengan panduan doktor pakar. Perlu diingatkan, pembedahan atau memakai kaca mata juga mampu memulihkan kejulingan, tetapi bergantung kepada tahap seriusnya masalah itu. Pembedahan bagi mengembalikan kesejajaran mata. Ia mudah dan tidak bahaya.

14. Apakah pengalaman doktor dalam merawat pesakit juling?

Saya pernah merawat pelajar juling berusia 20-an. Pelajar itu berasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Setiap kali bertemu atau berbincang, pelajar itu takut bertentang mata dengan kawan.Ini kerana berpunca ibu bapa enggan membenarkannya menjalani pembedahan kerana menganggap kejulingan itu anugerah Tuhan dan tidak perlu diubah.

Bagaimanapun pembedahan, pelajar itu mengalami perubahan dengan keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Saya menasihatkan mereka yang disyorkan menjalani pembedahan menerimanya kerana pembedahan selamat.
 
Sumber: 

Wednesday, March 4, 2015

JULING MATA (PART 2)

Semalam aq bawak umairah p rawatan susulan kt klinik mata. Rawatan susulan utk mata kiri dia yang kekadang tu juling sket (mata hitam akan terkedalam)... Kata orang melayu juling air.. Kalau ikutkan nampak macam x serius sangat sebab ianya bukan juling kekal sebaliknya hanya sesekali bila otot mata kiri umairah tu letih, jadi juling tu kan terjadi. Dari segi perubatan ianya dipanggil gejala mata malas.


Tgk mata kiri umairah...
slalu terjadi bila penglihatan pd jarak dekat...
alahai anak dara mama...
ni la hadiahnye... papa kena buatkan cermin mata utk damia...

Dan tentunya gejala mata malas ini akan terdapat kesan kepada umairah klu aq x bertindak segera. Antara kesannya adalah umairah x dapat melihat dengan baik. Gejala mata malas dikenali sebagai ambylopia dalam bahasa perubatan. Keadaan ini berlaku disebabkan kanak-kanak melihat imej yang kabur sekiranya mengalami masalah rabun, juling atau keabnormalan pada tisu mata. Imej yang kabur ini menyebabkan perkembangan otak turut terjejas. Input visual yang dilihat akan dihantar ke otak bagi membolehkan kanak-kanak mengenali sesuatu objek. Ya Allah, mintak dijauhkan dari anak aq.. Sebab aq tau umairah anak yang bijak... Aq x mau masalah ni menganggu pembelajarannya kelak.  

Memandangkan aq bekerja di hospital, lebih mudah aq mengambil rawatan di klinik mata hospital sahaja. Dari pemeriksaan pertama aq telah  berjumpa dengan optometrist yang aq kenal n seorang yang baik, Ungku Aqila. Aq n umairah pn selesa mendapatkan khidmat Aqila ni.. Segala pemeriksaan dibuat dengan baik, lagipun Aqila ni pandai ambil hati budak2.. Senang nk pujuk bila buat pemeriksaan. Penerangan pun jelas sekali.

Oleh kerana mata umairah bukan juling kekal, jadi pemeriksaan untuk menentukan tahap kerabunan matanya dibuat. Sebelum tu, satu cecair perlu diletakkan ke dalam mata dan dibiarkan lebih kurang 40 minit bagi membolehkan anak mata lebih besar dan tahap rabun sebenar boleh diukur. Menangis la umairah sebab cecair tu dimaklumkan oleh Aqila kepada aq mmg pedih... Tapi pastu nk pujuk untuk check balik mata tu harus la dirasuahkan dengan gula2 n biskut stoberi... :-)

Selepas pemeriksaan, Aqila menerangkan yang mata umiarah tidak perlu dibuat pembedahan memandangkan bukan juling kekal. Sebaliknya hanya perlu dibantu dengan pemakaian cermin mata sahaja. So papa kena la p kedai untuk buat cermin mata umairah yer... :-)

#semoga damia cepat sembuh
#sayang anak mama


Friday, February 27, 2015

JULING MATA (PART 1)

Sebagai ibu, tentunya kita inginkan kelahiran anak yang kita kandung selama lebih kurang 9 bln 10 hari tu dilahirkan dalam keadaan sempurna dengan izin-Nya. Alhamdulillah, syukur sangat2 kerana semua permata hati aq dilahirkan dalam keadaan yang amat sempurna.

Tapi semenjak 2 menjak ni aq  perasan kembar aq tu si umairah tu rajin wat main2 saje2 wat mata juling... Ada somebody yg ajar dia n asek suruh dia buat cmtu. Bukan nk menuduh tapi perkara ni berlaku di depan mata aq..  Kesannya sekarang mata kirinya terkadang x selari atau terkedalam sket.. (btol ke perkataan yang aq guna ni...). Sebagai ibu, aq mula risau n memikirkan tentang ni... So google punye google la nk dptkan maklumat.. Pastu bawak umairah jumpe optometrist kt hospital tempat aq bekerja. Buat pemeriksaan mata dan hasilnya mata umairah normal, xde rabun penglihatan or cahaya... Cuma kata optometrist ini berlaku disebabkan oleh urat matanya yang malas... So pasni mama n papa kena la rajin wat senaman mata kt umairah... 




Jom share artikel tentang mata juling ni.

Sumber : http://www.myhealth.gov.my

Mata Juling

Apakah maksud mata juling?
Mata juling terjadi apabila kedua-dua belah mata tidak selari/sejajar dan melihat ke arah yang berlainan. Satu mata memandang ke hadapan manakala mata di sebelahnya memandang sama ada ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah. Mata juling boleh juga dikaitkan dengan keturunan. Ia terjadi di kalangan 2-5% kanak-kanak.
Sebab-sebab mata juling
  • Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui.
  • Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang juling  atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri.
  • Rabun dekat (hiperopia) juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam.
  • Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.
contoh :
alt
Tanda-tanda dan gejala:
  • Tanda dan gejala utama ialah kedudukan mata yang tidak selari/sejajar.
  • Ia boleh menjadi masalah yang berpanjangan atau wujud sekali-sekala.
  • Bayi normal yang baru lahir biasanya juling disebabkan penglihatan yang belum matang. Masalah ini hilang setelah bayi semakin membesar.
  • Walau bagaimanapun, mata yang benar-benar juling tidak akan berubah dengan perkembangan tumbesaran.
Apakah kesan daripada mata juling?
  • Mata yang juling boleh menyebabkan kanak-kanak tidak dapat melihat dengan sempurna disebabkan ambliopia (mata malas). Jika tidak dirawat dengan cepat (sebelum kanak-kanak berumur 10 tahun) , ini boleh mengakibatkan pandangan kabur yang berkekalan. Lebih awal ambliopia dirawat, lebih baik prognosis(kebarangkalian) untuk pulih.
  • Penglihatan teropong (binocular) atau penglihatan 3 dimensi diperlukan untuk menganggar kedalaman/ketebalan sesuatu objek. Kebolehan ini boleh terjejas jika mata kanak-kanak itu juling.
Apakah rawatan yang ada?
  • Mata juling memerlukan pemeriksaan awal oleh doktor mata.
  • Cermin mata mungkin diperlukan untuk penyakit rabun mata seperti rabun dekat (hiperopia).
  • Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah ambliopia (mata malas), menampal/menutup mata yang mempunyai penglihatan yang baik boleh membantu memulihkan penglihatan di mata yang juling. Bagaimanapun, rawatan ini tidak akan berjaya jika ia lewat dimulakan. Rawatan perlu dimulakan pada umur yang awal.
  • Pembedahah boleh merawat mata juling dengan agar kembali sejajar/selari. Ia bagaimanapun tidak boleh menggantikan penggunaan cermin mata atau rawatan untuk mata malas. Sewaktu pembedahan, otot-otot mata akan disusun semula. Selepas pembedahan, kanak-kanak biasanya boleh meneruskan aktiviti biasa selepas beberapa hari.
  • Suntikan Botox kepada otot-otot mata mungkin boleh membantu dalam sesetengah kes, tetapi hanya untuk sementara waktu.
Semakan akhir:10 Mei 2012
Penulis:Dr. R. Sukumar a/l Rajaretnam
Penyemak:Dr. Salmah bt. Othman