Tuesday, February 10, 2015

ASAM REBUS KELADI

Keladi seringkali dikaitkan dengan perkataan MIANG kan.... Bila marah kt orang yang gatal dikatanya MIANG KELADI... Kesian keladi kerana telah dipergunakan.

Keladi ni sedap dimakan. Macam-macam masakan blh dibuat. Yang biasa aq dengar asam rebus keladi, asam pedas keladi n masak lemak keladi dengan siput sedut.. ohhhh... mabeles...

Kali ni masak asam rebus keladi. Kebetulan ada opismate jual keladi bagi pihak pengasuh anaknye... So amek la peluang ni beli kn.. Kalau x kena g pasar baru ada.. Tapi biasanya aq klu blk kampung mtk mak jek masakkan. Keladi pn amek kt belakang umah mak jek..

 keladi.. (Ihsan dari google)
Jom tengok resipi asam rebus keladi ni yer...

Sumber : http://yatiememories.blogspot.com/2012/05/asam-rebus-batang-keladi.html
# tq kak kongsi resipi..

Bahan-Bahan
  • 3 pokok keladi- disiat kulitnya dan potong2,ambil sekali buahnya
  • 1/2 cwn jus asam jawa, boleh juga guna asam keping (aq guna 2 keping asam keping)
  • 2 tangkai daun kesum (aq letak banyak tangkai sbb suka & tambah aroma)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan Kisar
  • 5 tangkai cili merah
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1/2 cwn ikan bilis-buang kotoran, cuci dan toskan (aq kurangkan)
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan
  • 1 Sudu jintan manis (ni aq tmbh sendiri ikut resipi mak)
Bahan2 untuk kisar... Jintan dh dimasukkan dlm blender mase snap gambo ni...
Cara Memasak
  1. Siang batang keladi, cuci dan toskan. Rebus keladi dan batangnya hingga empuk.
  2. Setelah empuk, tutup api dan toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Dalam periuk masukkan bahan2 kisar. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
  4. Tambahkan air secukupnya. Masukkan batang keladi tadi, jus asam jawa/asam keping, gula dan garam.
  5. Masukkan daun kesum dan perasakan.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah tutupkan api dan hidangkan bersama lauk kegemaran.
Asam rebus air tangan aq..
# Hasilnye sangat mabeles..

No comments:

Post a Comment