Gambar ni di snap setelah beberapa sudu sup ni masuk mulut aq... |
Bahan :
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
sedikit lada hitam biji
1/2 inci halia muda (saje letak kasi buang angin)
3 ketul tauhu (dipotong 6)
3 pokok sawi
3 biji telor
sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam
Air agak2 untuk dijadikan kuah
Cara2 :
1) Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia & lada hitam hingga hancur.
2) Masukkan minyak kemudian tumis hingga naik bau then masukkan air. Masukkan juga garam.
3) Agak2 dah mendidih masukkan telur.. Bila telur dh agak2 masak blh la masukkan tauhu & sayur sawi..
4) Dah masak semuanya boleh la dicedokkan dalam mangkuk & sedia untuk dingap... :-)
#hati2 masih panas..melecur mulut + lidah tu karang.. :-)
Akak pun suka sup tauhu mcm ni.. sedappp
ReplyDeletebtol kak.. simple... done follow.. ;-)
DeleteSedapnya sup ayam...
ReplyDeleteSuh telur ayam + tauhu....sedap...akak ingtkan tdi sup ayam sb nampak tauhu dia berketul2 macam ayam...hihi
ReplyDeleteAyam blm sembelih.. tauhu jek ada.. he3...
Delete