Saturday, February 28, 2015

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN EN.SUAMI

Alhamdulillah.. Pada tarikh 27.02.2015 adalah hari ulangtahun kelahiran suami tercinta. Semoga en.suami sentiasa diberi kerahmatan oleh Allah swt dan diberi kesihatan yang baik. Kalau ikutkan banyak lagi ucapan untuk en.suami tapi semua ucapan tu dh aq berikan pada detik 12.00 tgh malam 27hb tu...

Kebiasaanye dlm family bila ade hari kelahiran or anniversary kami sefamily akan g holiday plg tidak pn smlm tido kt hotel.. Tapi kali ni sedikit berbeza, mmg x kemana, kek pn xde... Sian en.somi aq... sobsobsob....
Kebetulan en.somi bizi memanjang n kurang sihat, asek pening pale katanya.. So decide duk umah saje.. Kek xde makan jelah kuih bahulu jek... ;-)

Malam tu kitorang cuma g mkn2 kt mekdi... Kebetulan mmg dh lame xmkn mekdi sejak kempen boikot mekdi tu... Skrg pn masih boikot tp iman tercalar sket sbb tekak terasa2 nk mkn sundae coklat n mc flurry oreo...





Aq biasala xde dlm gambo sbb cuma jadi tukang amek gmbo... Apepun tq en. suami sbb blnje mama & anak2...

#luvutilljannah
#keluargabahagia

Friday, February 27, 2015

JULING MATA (PART 1)

Sebagai ibu, tentunya kita inginkan kelahiran anak yang kita kandung selama lebih kurang 9 bln 10 hari tu dilahirkan dalam keadaan sempurna dengan izin-Nya. Alhamdulillah, syukur sangat2 kerana semua permata hati aq dilahirkan dalam keadaan yang amat sempurna.

Tapi semenjak 2 menjak ni aq  perasan kembar aq tu si umairah tu rajin wat main2 saje2 wat mata juling... Ada somebody yg ajar dia n asek suruh dia buat cmtu. Bukan nk menuduh tapi perkara ni berlaku di depan mata aq..  Kesannya sekarang mata kirinya terkadang x selari atau terkedalam sket.. (btol ke perkataan yang aq guna ni...). Sebagai ibu, aq mula risau n memikirkan tentang ni... So google punye google la nk dptkan maklumat.. Pastu bawak umairah jumpe optometrist kt hospital tempat aq bekerja. Buat pemeriksaan mata dan hasilnya mata umairah normal, xde rabun penglihatan or cahaya... Cuma kata optometrist ini berlaku disebabkan oleh urat matanya yang malas... So pasni mama n papa kena la rajin wat senaman mata kt umairah... 




Jom share artikel tentang mata juling ni.

Sumber : http://www.myhealth.gov.my

Mata Juling

Apakah maksud mata juling?
Mata juling terjadi apabila kedua-dua belah mata tidak selari/sejajar dan melihat ke arah yang berlainan. Satu mata memandang ke hadapan manakala mata di sebelahnya memandang sama ada ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah. Mata juling boleh juga dikaitkan dengan keturunan. Ia terjadi di kalangan 2-5% kanak-kanak.
Sebab-sebab mata juling
  • Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui.
  • Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang juling  atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri.
  • Rabun dekat (hiperopia) juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam.
  • Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.
contoh :
alt
Tanda-tanda dan gejala:
  • Tanda dan gejala utama ialah kedudukan mata yang tidak selari/sejajar.
  • Ia boleh menjadi masalah yang berpanjangan atau wujud sekali-sekala.
  • Bayi normal yang baru lahir biasanya juling disebabkan penglihatan yang belum matang. Masalah ini hilang setelah bayi semakin membesar.
  • Walau bagaimanapun, mata yang benar-benar juling tidak akan berubah dengan perkembangan tumbesaran.
Apakah kesan daripada mata juling?
  • Mata yang juling boleh menyebabkan kanak-kanak tidak dapat melihat dengan sempurna disebabkan ambliopia (mata malas). Jika tidak dirawat dengan cepat (sebelum kanak-kanak berumur 10 tahun) , ini boleh mengakibatkan pandangan kabur yang berkekalan. Lebih awal ambliopia dirawat, lebih baik prognosis(kebarangkalian) untuk pulih.
  • Penglihatan teropong (binocular) atau penglihatan 3 dimensi diperlukan untuk menganggar kedalaman/ketebalan sesuatu objek. Kebolehan ini boleh terjejas jika mata kanak-kanak itu juling.
Apakah rawatan yang ada?
  • Mata juling memerlukan pemeriksaan awal oleh doktor mata.
  • Cermin mata mungkin diperlukan untuk penyakit rabun mata seperti rabun dekat (hiperopia).
  • Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah ambliopia (mata malas), menampal/menutup mata yang mempunyai penglihatan yang baik boleh membantu memulihkan penglihatan di mata yang juling. Bagaimanapun, rawatan ini tidak akan berjaya jika ia lewat dimulakan. Rawatan perlu dimulakan pada umur yang awal.
  • Pembedahah boleh merawat mata juling dengan agar kembali sejajar/selari. Ia bagaimanapun tidak boleh menggantikan penggunaan cermin mata atau rawatan untuk mata malas. Sewaktu pembedahan, otot-otot mata akan disusun semula. Selepas pembedahan, kanak-kanak biasanya boleh meneruskan aktiviti biasa selepas beberapa hari.
  • Suntikan Botox kepada otot-otot mata mungkin boleh membantu dalam sesetengah kes, tetapi hanya untuk sementara waktu.
Semakan akhir:10 Mei 2012
Penulis:Dr. R. Sukumar a/l Rajaretnam
Penyemak:Dr. Salmah bt. Othman

Thursday, February 26, 2015

HOMEMADE PIZZA

Wah.. Homemade pizza... Yer, pizza.. x caye ke... hehehe... susah payah tau aq uli punye uli sampai lembut dan elastik... Dah pandai guna bahasa masak2 gitu.. :-). Al maklum ler aq ni bread maker pn xde... Sebenarnya plan nk buat crust jek dulu then simpan utk buat pizza nanti... Skali bila crust dh siap dibakar mcm teringin la plak nk makan ler2 tu jugak... Selongkar esbox jmpe cheese n sosej... Selongkar kabinet dapo ade plak nenas dlm tin... Apelagi, misi diteruskan ler... So kali ni pizza kita cuma ada nenas, sosej, bawang holland n taburan cheese yang mewah sahaja yer sebagai topping... Janji sodap yer...

Ni pn dh kali ketiga aq guna resipi ni utk wat pizza... 1st time x menjadi sgt sbb blm tau cmne kejadian air suam bila dicampurkan dengan yis... Atas bantuan jiran sebelah bilik kt opis yang merangkap tuan punye blog nadiasukamasak.blogspot.com  pun dengan x kedekut ilmunya menunjukkan aq cmne kejadian bila yis tu dimasukkan dlm air suam.. Alhamdulillah percubaan kali ke 2 dan ke 3 ini menjadi...

Ok jom intai resipi.
Sumber : http://nadiasukamasak.blogspot.com/search/label/Pizza 



Bahan bahan untuk crust :
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)


Cara cara:
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi. Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi. Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.(Aq x rajin nk wat proses ni... terus uli jek...)  Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.



Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. (Macam aq simple jek uli dlm besen beso..)  Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan. Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. 

Sapu lagi olive oil di serata permukaan  atas doh.Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk doh. Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai. Biasa aq akan sapu sos spagetti prego jek sbg sos pizza sbb x pedas n anak2 blh mkn... Toping plak letak ajelah ape yg ada... Nak mewah & meriah blh la letak capsicum, buah zaiton, cendawan butang & bermacam2 bahan yang blh dibeli dari pasaraya.. :-)

Ni plak kejadian pizza yg dh siap dibakar n ready utk di ngapppp....




Semua blh cuba, x susah mana pun.. Puas hati bila dah pandai buat sendiri & family of course la suka suka suka.... :-)

Monday, February 16, 2015

11 SEBAB KENAPA LELAKI SUKA PEREMPUAN RENDAH SEBAGAI PASANGAN

Hmmmm... tgk tajuk macam kena jek... Tapi bila baca.. adui mak ai... (kopipes ayat dari citer "Cinta Ilahi" siaran TV3)

ni pakai high heels 3" tp ttp bawah telinge en.somi... :-)
Entri pasal ni aq terbaca dari satu blog ni tp lupe nk copy link nye...

Aq senaraikan 11 sebab utama lelaki suka perempuan yang tak tinggi untuk dijadikan pasangan. Jadi perempuan-perempuan dan wanita-wanita comel kat luar sana, berbanggalah dengan diri anda. Yeay!


1. Mereka Comel dan Seksi
Tak dinafikan perempuan rendah ini comel. Lagi-lagi kalau mereka marah dan dikacau. (Comel la jugak...)


2. Mereka kelihatan Muda Dari Umur Sebenar Mereka
Ramai akan fikir pasangan anda berumur 17 tahun, padahal dah 28 tahun. Mereka sentiasa muda. (X jugak nampak muda... en.somi nmpk lg muda adalaaaa....)


3. Mereka Mudah Mendapatkan Pakaian
Sangat senang untuk dapatkan saiz baju atau seluar dan pakaian lain termasuk kasut sebab size mereka sentiasa ada. Silap-silap boleh shopping kat area pakaian kanak-kanak tau. (Macam aq ssh jgk nk cari baju,  rendah tp badan kus semangat....)


4. Mereka Akan Kekal Dengan Pasangannya. Bukti menunjukkan orang rendah setia pada cintanya. Setuju? (yeaayyyy... sangat setuju... Insyaallah aq setia kt en.somi..)


5. Jimat Duit Untuk MakananBukan berjimat cermat ye, tapi memang terbukti orang yang kecil tak makan banyak. Jadi jimat la kan? (Aq mmg x mkn byk tp bdn naik jugak... uhukkkk3...)


7. Rasa Comel Bila Cium Gadis Rendah
Cium gadis yang rendah memang cute, lagi-lagi bila perempuan tu menjingkit kaki. Ops ini untuk suami isteri je ye. Yang belum berkahwin, sila dapatkan lesen dulu (kahwin
). (awww... i like....) 


8. Mereka Selalu Jimat Masa
Suami boleh kongsi cermin untuk dress up, tak perlu la nak tunggu turn 
kan? (btol2.... aq kt depan en.somi kt blkg jek.. tp aq yang kt depan jugak yg lambat siap...)


9. Mereka Boleh Pakai High Heels
Perempuan tinggi tak boleh pakai high heels? Bukan tak boleh, tapi nanti terlebih tinggi dari suami pulak kan? Perempuan rendah takde masalah, boleh pakai High Heels dengan confident
. (mmg sentiasa pakai high heels... sukaaaaa..)


10. Mereka Senang Didukung (Amboi)Mereka ni ringan, jadi suami suka la angkat dan dukung mereka. (kalau macam aq idok la.. berat dh lebih kurang en.somi... )


11. Mereka Sangat Awesome Untuk Dipeluk.
Suami senang peluk, paras dagu je betul tak? Senang nak cium dahi. (ya btolll...)


## Kesimpulannye x kisah la pasangan kita bagaimana pun bentuk rupa ke badan ke, janji diterima seadanya dan ikhlas terhadap pasangan kita.. Insyaallah banyak berkatnya.



Sunday, February 15, 2015

JEMPUTAN KAWEN.. ZARITH & MAHIRAN

Ramai yang pilih tarikh 14 Feb 2015 untuk mengadakan majlis perkahwinan. Xpasti tarikh ni dipilih bersempena valentine's day ataupun secara kebetulan...  Antaranya artis yang memilih tarikh tersebut adalah Yana Samsudin.. Moh layan gambo free sekeping...

Pinjam gambo dari rotikaya.com.. mekasih yer.. Selamat pengantin baru yana samsudin & suami.. Semoga kekal ke Jannah..
Tarikh 14 Feb 2015 turut dipilih oleh anak bongsu kepada pengasuh anak2 aq. Bila dh yang bongsu memang meriah la majlisnye. Aq pn rela hati menghulurkan la bantuan ape yang patut.. Jadi tukang rewang jek.. Tapi x la rewang mana sangat sebab semua makanan untuk jemputan telah dikateringkan... Makanan macam biasa la nasi beriani, nasi putih, ayam masak merah, rendang daging, dalca & pajeri nenas. Pastu ada la plak bubur barli, karipap, kek pisang & air kordial limau nipis lak kot.. Tiada gambar untuk makanan yer... :-)

Jom layan gambo majlis tu..

Pengantin & flower girl...
Pengantin pompuan & flower girl...
Melaram sebelum pengantin bersanding..
Hero emsem mama...

Umairah & Haikal
Aqil & Haikal
Batrisyia & Aqil
Umairah..
Kanak2 riang..
Mood hepi..
En.somi gigih memikirkan ape nk tulis untuk pengantin...
Semoga Ucu zarith sofea & Ucu yan Mahiran berbahagia hingga ke Jannah & dikurniakan cahayamata yang ramai.. :-)

Tuesday, February 10, 2015

PENCIL BOX JADI SPONGEBOB

## Entri tertangguh : 08.02.2015

Alkisah ambil anak2 semalam dari sekolah (Tadika Ar-Rhaudah).. Belum pn bergerak keta si abang Aqil  (hero emsem mama) terus bercerita....

Aqil      :      Mama, esok abg nk bwk pongebob g skolah. Hari ni kawan2 abg ramai
                       bawak...
Mama   :      G sekolah mana bley bawak mainan abang..
Aqil       :     Yer, ramai yang bawak...
Mama   :      Ok la, nanti mama tanye cikgu..

Oleh kerana aq amek off ptg smlm, so pas amek ank2 trus g kedai alatulis coz nk bli alatulis sket... Masuk jek kedai si  abang aqil terus ke bahagian belakang n dia jerit....

Aqil      :      Mama, ni la pongebob yang abg nk bli...
Mama  :       Lor, ini pencilbox la abang... (hanya mampu tersenyum...)

Sudahnya, bkn setakat bli pencil box abg jek... kakak n adik pn kena bli....


  VS


# Mama rela berkorban bli barang berfaedah untuk anak2 supaya anak2 minat belajar n ke sekolah.
# Moga anak2 cemerlang dunia akhirat.
# Aqil, Hero emsem mama umo 5 thn # princess twin maira & tacha umo 4 thn

ASAM REBUS KELADI

Keladi seringkali dikaitkan dengan perkataan MIANG kan.... Bila marah kt orang yang gatal dikatanya MIANG KELADI... Kesian keladi kerana telah dipergunakan.

Keladi ni sedap dimakan. Macam-macam masakan blh dibuat. Yang biasa aq dengar asam rebus keladi, asam pedas keladi n masak lemak keladi dengan siput sedut.. ohhhh... mabeles...

Kali ni masak asam rebus keladi. Kebetulan ada opismate jual keladi bagi pihak pengasuh anaknye... So amek la peluang ni beli kn.. Kalau x kena g pasar baru ada.. Tapi biasanya aq klu blk kampung mtk mak jek masakkan. Keladi pn amek kt belakang umah mak jek..

 keladi.. (Ihsan dari google)
Jom tengok resipi asam rebus keladi ni yer...

Sumber : http://yatiememories.blogspot.com/2012/05/asam-rebus-batang-keladi.html
# tq kak kongsi resipi..

Bahan-Bahan
  • 3 pokok keladi- disiat kulitnya dan potong2,ambil sekali buahnya
  • 1/2 cwn jus asam jawa, boleh juga guna asam keping (aq guna 2 keping asam keping)
  • 2 tangkai daun kesum (aq letak banyak tangkai sbb suka & tambah aroma)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan Kisar
  • 5 tangkai cili merah
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1/2 cwn ikan bilis-buang kotoran, cuci dan toskan (aq kurangkan)
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan
  • 1 Sudu jintan manis (ni aq tmbh sendiri ikut resipi mak)
Bahan2 untuk kisar... Jintan dh dimasukkan dlm blender mase snap gambo ni...
Cara Memasak
  1. Siang batang keladi, cuci dan toskan. Rebus keladi dan batangnya hingga empuk.
  2. Setelah empuk, tutup api dan toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Dalam periuk masukkan bahan2 kisar. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
  4. Tambahkan air secukupnya. Masukkan batang keladi tadi, jus asam jawa/asam keping, gula dan garam.
  5. Masukkan daun kesum dan perasakan.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah tutupkan api dan hidangkan bersama lauk kegemaran.
Asam rebus air tangan aq..
# Hasilnye sangat mabeles..

BLOGWALKING... CARI KAWAN...

Sebagai orang baru nk berblog, kena la slalu2 blogwalking  supaya mudah dapat kawan...
So google punya google aq rasa blh cedok ilmu dari sini.. mmg complete.... http://diaryofmuhammad.com/tips-blogwalking-untuk-newbie-blog/
Tq yer tuan punya blog... ;-)

Aq summary kn  :
  • KENAPA PERLU BLOGWALKING ---> Untuk cari kawan, klu x singgah blog org xdela orang singgah blog kita ..
  • TIPS --->   Tanam link kt blog yang kuat (yg hebat ler). Tanam link tu bermaksud tinggalkan komen.. Jangan ngade2 nk tinggalkan link or url yer...
  • REKODKAN SENARAI BLOG  ---->  Yang ni blh rekod kt memana jek jnji kita blh p jengah lg blog tu...
  • TETAPKAN MASA / TARGET  ---->  Tetapkan la contoh 10 minit untuk blogwalking ke 1 blog.. Target sehari 20 blog ke... (Insyaallah klu berkesempatan...)

# Harapan untuk mendapat ramai kawan/follower... :-)

Monday, February 9, 2015

MULAKAN DENGAN DOA...

Berdoa di waktu pagi sebelum memulakan apa jua tugasan.. Mudah-mudahan mendapat rahmat Allah...

Ihsan dari google...

Amin....

# Pagi Isnin yang indah...

Gambah ihsan dari google... Kt Segamat ni xde sawah padi.. :-)

Sunday, February 8, 2015

JEMPUTAN KAWEN...

Ini semalam punye citer... :-)
Bila bab citer jemputan kenduri kawen ni, org skrg dh x kira dh.. Bila2 jek wat kenduri. Klu zaman dulu2 mmg kebanyakannye akan buat time cuti sekolah n cuti umum.. Tapi sekarang malam pn orang buat. Tapi tetamunya tetap ramai...Alhamdulillah kan...

Sabtu lepas FIL n MIL mintak en.somi bawak diorng g jemputan kt Bandar Tenggara, umah adiknye FIL merangkap sepupu en.somi. Klu tanye aq kt mn pn aq xtau sbb ni 1st time g sane. Perjalanan amek masa hampir 2 1/2 jam jugak la dari segamat... Sampai jek dlm pukul 11.30 pagi terus makan, pastu lepak2 umah pengantin coz menunggu sedara mara untuk menyembang kan.. Bukan selalu dpt berjumpa...

Bila dah kenyang, ank2 pn mula la x reti diam... Port yang paling menarik kt pelamin ler.. Masing 2 nk bergambo.. So layan gambo..  :-)

Maira & Aqil
Maira & Tacha
Me & En.somi tiada di pelamin sbb malu...  ahaks... Melayan mata sebenonya..
Tapi kalau mata kecik = ngantok... Mata beso = signal warning kt ank2 takut diorng robohkan pelamin pengantin... :-)




Thursday, February 5, 2015

AZAM 2015 KATANYA... NAK KURUS DAN SIHAT....

Actually azam nk kurus ni mmg dh di carry forward semenjak beberapa tahun yang lalu.. Asenye dari tahun 2010 pas lahirkan anakanda si putera emsem tu.. Baru nk diet dh termengandung plak kt si dara twin gugurl yg comel itu.. :-)

N now bl dh semakin berusia, dh menganjak ke umur 30-an, dh semakin x keruan bila badan dh kembali bagai dipam2... Lagi2 selepas berenti mkn semua ubat-ubatan or supplement utk kurus ni...
Google punye google sampai mak aih lenguh tangan ni, jumpa la sesuatu yang ingin dicuba.. Xkan nk tunggu sampai berat dhcecah 100kg baru nk cuba kot... arghhh tidakkkkkk.................

DIET ATKINS 

Untuk makluman, blm mula pn lagi... Baru tgk2... baca2 resipinye.. Mmg mudah cume blm pasti lagi adakah azam tu akan menjadi atau tak... :-)

So mulai saat ini, tika ini kena la berusaha kn.. Beberapa blog mengenai diet atkins ni pn dh aq skodeng2 slalu.. Nanti kita share2 lg yer..

#Doakan saya yer
#Harapan untuk berjaya
#Loose weight

BERBLOG LAGI DI TAHUN 2015....

Assalamualaikum...


Entah ape mimpinye aku ni, buat blog baru lagi.. Blog lame dulu dibiarkan sepi jek. Klu rindu2 nk jengok blog lame bley la terjah kt cn yer... doterishak.blogspot.com


Blog baru : supermommame.blogspot.com ............ Super momma la sangat... heheh....